Seloka Pandai Pak Pandir dalam Dialek Jelebu (3)

(Sila klik butang “PLAY” di atas untuk mendengar)

3. Transkripsi Fonetik

Image

Seperti dalam rajah di atas, dapat kita lihat bahawa dialek Jelebu, Negeri Sembilan mempunyai ciri-ciri yang sangat unik.

Berikut adalah antara ciri yang dapat saya kenal pasti:

1. Dialek ini cenderung membunyikan fonem /e/ pepet  sebagai vokal bundar /o/. Contohnya: “dia” menjadi “dio”

2. Dialek ini cenderung membunyikan vokal /a/ yang berada di hujung perkataan sebagai /o/. Contohnya “apa” menjadi “apo”

3. Dialek ini cenderung membunyikan fonem getaran /r/ sebagai bunyi ‘gh’ di bahagian velar atau lelangi lembut. Contohnya “harta” menjadi “ghoto”

4. Dialek ini cenderung membunyikan fonem /s/ yang berada di hujung perkataan sebagai bunyi geseran /h/. Contohnya “tikus” menjadi “tikuih”

Menurut responden kajian saya, dialek yang digunakan olehnya merupakan dialek biasa dalam kalangan penutur natif di Negeri Sembilan iaitu di sekitar daerah Jelebu, Rembau, Seremban, dan Kuala Pilah. Walaupun responden saya bukanlah daripada generasi yang lebih lama, tetapi dialek yang digunakan boleh digunapakai dalam kajian saya ini kerana responden saya telah membesar dan menetap di daerah tersebut.

Sekian sahaja analisis sebutan yang telah saya kaji. Selamat mendengar.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s