Analisis Kata – Seloka Pak Pandir

Seloka

Gambar di atas menunjukkan kekerapan kata yang terdapat dalam Seloka Pak Pandir dalam dialek Negeri Sembilan yang menjadi tajuk kajian saya. Perkataan yang paling kerap digunakan ialah /dagang/, /di/, dan /golagak/ iaitu sebanyak tiga kali. Manakala perkataan yang kedua paling kerap digunakan pula ialah /dio/, /juo/, /kono/, /mondongar/, /orang/, dan /tak/. Manakala perkataan-perkataan lain yang terdapat dalam seloka ini pula hanya digunakan sebanyak satu kali.

Berikut merupakan analisis kata yang terdapat dalam kajian saya.

1. apo -> apo merupakan perkataan dalam dialek Jelebu, Negeri Sembilan yang membawa maksud ‘apa’. Vokal /a/ dalam bahasa standard digugurkan dan digantikan dengan vokal bundar /o/. Ini merupakan ciri-ciri utama dalam dialek yang saya kaji.

2. golagak -> perkataan ini berasal daripada perkataan ‘gelagat’ yang membawa maksug aksi atau perlakuan. Vokal shwa /e/ digugurkan dan digantikan dengan vokal bundar /o/ manakala konsonan /t/ di hujung perkataan digugurkan dan disisipkan konsonan /k/.

3. dio -> dio membawa maksud ‘dia’ dalam dialek ini.  ‘Dia’ merupakan perkataan basahan kata ganti nama diri ketiga . Vokal /a/ dalam bahasa standard digugurkan dan disisipkan vokal /o/. Ini merupakan ciri utama dalam dialek yang saya kaji.

4. juo -> juo di sini bermaksud juga. Suku kata terakhir /ga/ digugurkan dan disisipkan dengan satu sahaja vokal iaitu /o/.

5. kono -> perkataan ini membawa maksud kena. dalam sajak tersebut, perkataan ‘kena’ digunakan untuk membawa maksud sesuatu yang berlaku terhadap orang tersebut, untuk makna yang lebih tepat, Pak Pakdir dalam seloka di atas telah disuapkan pisang. “telah disuapkan” itulah makna bagi /kono/ atau ‘kena’.

6. roto -> perkataan ini berasal daripada perkataan ‘harta’. proses metatesis telah berlaku, iaitu konsonan yang berada pada akhir suku kata /har/ daripada perkataan /har.ta/ telah dibawa ke hadapan. Manakala semua vokal /a/ yang terdapat dalam perkataan tersebut telah digugurkan dan dan disisipkan dengan vokal /0/. Konsonan /h/ pada awal perkataan dalam bahasa standard pula telah digugurkan sepenuhnya.

7. habih -> perkataan dalam bahasa standardnya ialah ‘habis.’ konsonan /s/ di akhir perkataan telah digugurkan dan disisipkan dengan vokal /h/. Ini juga merupakan satu lagi ciri-ciri utama dalam dialek Jelebu yang saya kaji.

8. sodar-> perkataan asal dalam bahasa standard ialah ‘sedar’. vokal shwa /e/ telah digugurkan dan disisipkan pula dengan vokal /o/. Vokal /o/ sememangnya menjadi ciri utama dalam dialek Jelebu, Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s