Bab 1

1.1 PENGENALAN

Subjek SKBL 2113 Aplikasi Komputer Dalam Kajian Linguistik merupakan subjek yang mengimplimentasikan penggunaan aplikasi komputer dalam mengkaji bidang Linguistik. Bidang linguistik yang dikaji ialah fonologi dan kajian dilakukan berdasarkan fokus dan teks yang tertentu bagi menunjukkan secara jelas peranan bidang fonologi. Fonologi ialah kajian mengenai bunyi bahsa.  Selain itu, kajian juga dilakukan terhadap metod penggunaan aplikasi komputer secara literal dalam mendapatkan hasil kajian. Penggunaan aplikasi komputer digunakan secara menyeluruh dalam subjek ini. Antara aplikasi komputer yang akan digunakan ialah ANTCONC yang merupakan aplikasi bagi mengkaji kekerapan penggunaan perkataan dalam satu teks, AUDACITY digunakan bagi mengedit dan mengubahsuai bahan kajian dalam bentuk simpanan suara untuk lebih jelas dan WORDPRESS merupakan aplikasi yang digunakan bagi pemaparan hasil kajian. Teks atau sasaran kajian dalam kertas kerja ini ialah lagu rap Negeri Sembilan yang dinyanyikan oleh kumpulan WARIS. Kajian ini menggunakan dua buah lagu WARIS bagi melihat perbezaan antara lirik dalam dialek Negeri Sembilan dan bahasa Melayu standard.

Screen-Shot-2014-01-03-at-5.55.12-PM

Penyanyi rap, Waris bersamam dengan penyanyi undangan, Datuk Hattan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH.

1.2.1 Pemilihan lagu kumpulan WARIS yang bersesuaian dengan objektif dan fokus hasil kajian

1.2.2 Penelitian terhadap sebutan dialek Negeri Sembilan oleh WARIS dalam lagunya memandangkan berlaku ketidakjelasan dalam sebutan

1.2.3 Penelitian terhadap penggunaan aplikasi komputer dalam mendapatkan dapatan kajian

1.2.4 Mengelaskan perbezaan bunyi-bunyi sebutan tersebut kepada kelas-kelas fonem yang sesuai.

1.3 SOALAN KAJIAN.

1.3.1 Apakah perbezaan diantara lirik lagu dialek Jelebu,Negeri Sembilan dengan bahasa standard?

1.3.2 Apakah perkataan dalam dialek Negeri Sembilan yang mempunyai  variasi makna dengan bahasa standard?

1.3.3 Apakah ciri-ciri tertentu dalam aspek bunyi dan ujaran dalam dialek Negeri Sembilan?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1 Mengenalpasti perbezaan di antara lirik lagu kumpulan dialek Jelebu dengan bahasa standard

1.4.2 Mengenalpasti perkataan dalam dialek Negeri Sembilan yang mempunyai keluasan dan variasi makna dengan bahasa standard

1.4.3 Mengenalpasti ciri-ciri tertentu dalam aspek bunyi dan ujaran dialek Negeri Sembilan

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian adalah di lakukan dengan mengambil sebuah kumpulan WARIS bagi menjawab soalan kajian dan menepati objektif kajian. Judul lagu tersebut ialah Gadis Jolobu.

1.6 KESIMPULAN

Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. Komunikasi ini berlaku secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi. Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan dan penguasaan sesuatu bahasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s