Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan kaedah yang digunakan untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi dalam kajian ini mengambil kira teori pembelajaran bahasa, pemilihan alat kajian, penetapan, prosedur pengumpulan data dan presedur analisis data. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes tentang pembentukan kata dialek Negeri Sembilan dalam lagu Gadis Jolobu, nyanyian kumpulan rap WARIS.

3.2 Pemilihan alat kajian

Dalam kajian ini, beberapa alat kajian digunakan iaitu analisis dan perbandingan dialek Negeri Sembilan dengan bahasa Melayu standard. Lagu digunakan untuk mendapatkan data-data tentang pembentukan kata dalam dialek Negeri Sembilan oleh penutur jatinya. Lagu yang digunakan ialah lagu berjudul Gadis Jolobu nyanyian kumpulan rap WARIS:

Lagu tersebut akan diterjemahkan kepada bahasa Melayu standard bagi membandingkan perkataan-perkataan yang digunakan. Bagi tujuan memaparkan lagu tersebut dalam wordpress, perisian aplikasi SoundCloud digunakan. Perisian aplikasi Antcont diguna untuk memudahkan pencarian data pembentukan kata dalam dialek Negeri Sembilan yang telah ditranskripsikan.

Perbandingan pembentukan kata dialek Negeri Sembilan dengan bahasa Melayu standard. Tatabahasa Dewan digunakan untuk membandingkan antara dialek tersebut dengan bahasa Melayu standard. Data-data tentang pembentukan kata itu disenaraikan dan dibandingkan dengan bahasa Melayu standard. Perbezaan antara pembentukan kata dialek Negeri Sembilan dengan bahasa Melayu standard dikenal pasti dan dianalisis. Perbezaan pembentukan kata yang diberi perhatian berkaitan aspek pengimbuhan dan pengguguran atau penambahan.

Beberapa alatan dan medium dalam perisian komputer telah digunakan untuk melengkapkan lagi kajian. Antara perisian yang digunakan ialah Antconc dan SoundCloud.

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini seperti pemerhatian, analisis, dan perbandingan.

3.4 Prosedur analisis data

Lagu Gadis Jolobu akan didengari dan kemudiannya akan ditranskripsikan ke dalam bentuk teks. Hasil transkripsi teks akan dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT, kemudian akan menganalisis kekerapan leksikal
yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian AntConc. Selepas itu, transkripsi teks akan diterjemahkan dalam bahasa Melayu standard bagi menentukan perbezaan antara dialek Negeri Sembilan tersebut dengan Bahasa Melayu standard. Terjemahan ini perlu bagi memudahkan pembaca untuk memahami dialek yang digunakan.

3.5 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kaedah yang dipilih oleh pengkaji adalah berdasarkan kesesuaian dengan perkara yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, kaedah yang bersesuaian penting agar hasil yang diperolehi tidak dapat dipertikaikan. Selain itu, responden dan tempat kajian yang dipilih memudahkan kajian dijalankan dan selaras dengan apa yang ingin dikaji. Pemilihan metodologi kajian dan responden yang terlibat adalah penting kerana kedua-duanya merupakan faktor utama yang akan menentukan keberhasilan kajian ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s