Bab 2

Kajian Literatur/Kajian Lampau

 

Berikut merupakan kajian literatur ataupun kajian lepas yang telah saya temui berdasarkan kaedah pencarian maklumat yang saya lalukan sepanjang kajian ini dijalankan:

Menurut Asmah Hj Omar (1991),Dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi Terenggganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan di Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok yang mewakili dialek Negeri Sembilan.

Sikap Dan Kefahaman Pelajar Terhadap Dialek Negeri Sembilan: Kajian Sosiolinguistik merupakan satu jurnal yang telah dibuat oleh Norsimah Mat Awal, Fadzeli Jaafae, dan Idris Aman. Jurnal ini bertujuan untuk menyiasat sikap dan kefahaman pelajar terhadap dialek Negeri Sembilan. Tujuan jurnal ini adalah untuk mengetahui sejauhmana penguasaan dialek di kalangan pelajar menengah rendah di Negeri Sembilan. Kawasan kajian tertumpu di daerah Rembau dan Tampin. Cara pengendalian kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya, kosa kata asli dialek Negeri Sembilan dikumpul di daerah Rembau. Keduanya, kumpulan kata-kata ini kemudiannya disaring sebanyak 80 perkataan, dan diuji kepada sejumlah pelajar sekolah di daerah Tampin. Sampel kajian diperoleh secara individu dan berkumpulan.

Norazila ( 1986: 129 ), menjelaskan bahawa sesuatu bahasa atau dialek berbeza daripada bahasa atau dialek lain akibat daripada pengaruh alam dan persekitaran yang berlainan. Menurut beliau lagi perbezaan ini boleh dilihat menerusi sistem bunyi dan leksikal.

Abdul Hamid Mahmood (1990:217), memetik Mario Pei mentakrifkan dialek sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan
dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk bahasa baku, baik dari segi sebutan, tatabahasa ataupun penggunaan kata-kata tertentu. Kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Menurut Sharman (1973), dialek Kuala Pilah adalah salah satu dialek yang terdapat di Negeri Sembilan, selain Jelebu, Rembau, Tampin, Seremban dan Lenggeng. Dialek Kuala Pilah mempertahankan ciri-ciri dialek induknya iaitu dialek Negeri Sembilan kerana daerah Kuala Pilah merupakan pusat budaya tradisi Negeri Sembilan yang bersifat matrilineal, atau berpola konsentris.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s