Bab 5

Kesimpulan

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan pengakhiran kajian ini. Bab ini juga akan membincangkan segala bentuk perbincangan daripada hasil kajian. Cadangan dalam kajian ini juga akan dibincangkan dalam Bab ini.

 

5.2 Perbincangan

Secara umumnya, kajian ini tertumpu kepada dialek Jelebu, Negeri Sembilan yang melihat kepada bentuk-bentuknya serta hubungannya proses pembentukan kata. Sememangnya wujud perbezaan yang agak ketara dimana hubungan kata kerja dialek Jelebu dengan imbuhan tidak sama seperti bahasa Melayu standard.

 

5.3 Sumbangan

Kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan beberapa sumbangan yang boleh dijadikan rujukan masa hadapan. Antara sumbangan tersebut adalah kepada pengkaji masa hadapan yang ingin mengkaji pembentukan kata kerja. Selain itu, sumbangan juga dapat diberikan kepada pencinta dialek Kelantan yang ingin mengkaji dengan lebih terperinci berkenaan data linguistik bahasa ini,khususnya dialek Jelebu. Dalam hal yang demikian, pengkaji tersebut boleh menganggap kajian ini sebagai sumber rujukan sekali gus memudahkan kajian masa hadapan.

Seterusnya, sumbangan kajian ini adalah sebagai sumber ilmu dan sumber tambahan kepada masyarakat Malaysia secara amnya dan penutur dialek Jelebu secara khususnya. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan bagi sesiapa sahaja yang ingin mengenali dengan lebih jelas lagi dialek Jelebu ini.

 

5.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti pembentukan kata dialek Jelebu, Negeri Sembilan dalam lirik lagu Gadis Jolobu. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dialek Jolobu ini mempunyai keunikan tersendiri. Sehubungan itu, diharapkan kajian ini akan menjadi rujukan ataupun medium untuk para pengkaji dialek yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s